Selamat Datang ke HomePage
Gerakan Desa Wawasan
Limbong Kapal
Alor Setar, Kedah
 
Lapuran Biro Biro GDW
 
Lapuran Biro Pendidikan
 
Semenjak beberapa tahun lalu tahap pendidikan di Desa Limbong Kapal ini adalah berada ditahap yang kurang memuaskan. Pencapaian peperiksaan anak anak wawasan GDW Limbong Kapal didalam peperiksaan beberapa tahun kebelakangan ini adalah berada pada paras yang kurang baik pada keseluruhannya. Pada tahun 1997 terdapat seorang saja anak anak wawasan GDW yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan. Jawatankuasa Biro Pendidikan sedang berusaha mencari jalan untuk mempertingkatkan  pencapaian tahap pendidikan di Desa Wawasan ini dengan bercadang untuk menubuhkan beberapa kelas bimbingan atau tambahan  didalam beberapa matapelajaran seperti Bahasa Inggeris dan Matematik yang mana kedua dua matapelajaran ini didapati sangat lemah pencapaiannya. Pihak Jawatankuasa Biro Pendidikan GDW bercadang untuk menubuhkan kelas Komputer untuk mengajar Anak anak Wawasan GDW memandangkan terdapat beberapa orang yang mahir dan mampu untuk menjadi tenaga pengajar didalam bidang ini yang mana bidang ini memang telah menjadi salah satu agenda kerajaan ke arah era Teknoloji Maklumat (IT).

Keputusan pencapaian peperiksaan pada tahun ini (peperiksaan SPM tahun 1997) adalah cukup memberangsangkan pihak GDW terlebih lagi Biro Pendidikan dimana terdapat 2 (dua) orang Anak Wawasan GDW berjaya mendapat pangkat 1 dan salah seorang mendapat Agregat yang paling tertinggi iaitu Agregat 6. Kedua dua Anak Wawasan GDW ini adalah anak kepada Jawatankuasa GDW Cawangan ini. Tahniah kepada pelajar ini dan juga tahniah juga kepada kedua dua ibu bapa mereka.

Mulai tahun ini (1998) pihak Jawatankuasa Biro Pendidikan GDW akan merekodkan nama  Anak Anak Wawasan GDW yang cemerlang didalam peperiksaan ke dalam senarai carta dan akan dipamerkan bersama sama didalam HomePage GDW ini. Mereka adalah kebanggaan Desa ini dan kejayaan mereka perlu diabadikan didalam HomePage sebagai tanda penghargaan dari Gerakan Desa Wawasan.
                                                                                                                        Biro Pendidikan

Ariffazilah Bin Awang

 
Carta Anak Anak Desa Wawasan
Yang Cemerlang Didalam Peperiksaan
 
 
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
 
    Tahun 1998

 Noor Izzatty Bte Ismail     Pangkat 1     Agregat 6
 

Noor Izzatty adalah anak kepada Setiausaha GDW Cawangan Limbong Kapal iaitu  En.Ismail Bin Senik.

 
Tahniah ** Tahniah ** Tahniah
 
 
Muka Depan      
Tarikh terakhir pindaan  26/6/1998
 Web Page ini direka cipta oleh GDW Web Team'98