Diari Gerakan Desa Wawasan
![]()
1.5.1998
Dipilih oleh Kemas Dun Derga sebagai Kampong Gerakan Desa
Wawasan untuk menjalankan aktiviti aktiviti yang dapat memajukan
masyarakat desa dan juga taraf hidup masyarakat setempat.
13.3.1998
Pelancaran Home Page Gerakan Desa Wawasan Cawangan Limbong
Kapal, Alor Setar oleh YB.En.Ahmad Bashah Bin Md.Hanipah
(DUN Alor Merah)
26.3.1998
Menerima Anugerah tempat ke 2 dari UMNO Bahagian Alor Setar
Hadiah berupa cek RM10,000.00 disampaikan oleh YB.En.Ahmad
Bashah Bin Md.Hanipah ( DUN Alor Merah ) kepada Pengerusi
JKKK Limbong Kapal, Tn.Hj.Mahamad Ali bin Hj.Salim pada hari
Mesyuarat Agung Bahagian Alor Setar di Bangunan Tunku, Alor
Setar, Kedah.
1.6.1998
Mesyuarat Khas Jawatankuasa GDW
Pukul 5.00 ptg ( Rabu)
Di Dewan 'TBK' Limbong Kapal
Membentangkan rangkakerja, keewangan dan perlantikan
Jawatankuasa Kecil.
12.8.98
Perjumpaan Khas Ahli JKKK / Ahli UMNO Limbong Kapal
Pukul 5.00 ptg (Rabu)
Di Dewan 'TBK' Limbong Kapal
Perkara perkara yang dibincangkan ialah Majlis Perasmian
Penutupan 'GDW', Perlantikan Baru Jawatankuasa JKKK
Sessi 1998/2000.
14.8.98
Gotong Royong Membersih Kawasan Surau dan Dewan
Pukul 9.00 pagi ( Jumaat).
28.12.98
Majlis Penyampaian Tauliah JKKK Bagi Tahun 1998-2000
Bagi Kawasan Parlimen Kuala Kedah Dan Alor Setar
DiWisma Darulaman Alor Setar.
1.1.1999
Mesyuarat Khas JKKK kali pertama di bilik Gerakan JKKK
Limbong Kapal jam 5.00 ptg bagi membincangkan isu
bantuan rumah PPRT kepada penduduk GDW, L.Kapal.
4.1.1999
Majlis Berbuka Puasa diadakan di Dewan Tabika Kemas
Limbong Kapal oleh Pemuda UMNO Cawangan.
![]()