Selamat Datang ke HomePage
Gerakan Desa Wawasan
Limbong Kapal
Alor Setar, Kedah
 
PIAGAM
GERAKAN DESA WAWASAN
 
KETERANGAN
Gerakan Desa Wawasan adalah usaha yang tersusun yang dibuat berterusan untuk
menukar sifat penduduk desa dari budaya pertanian tradisional kepada amalan nilai
hidup pertanian komersial serta perindustrian moden. Untuk menentukan aktiviti
Gerakan Desa Wawasan di seluruh negara mempunyai arah tuju yang selaras, maka
Piagam Gerakan Desa Wawasan telah dibentuk. Prinsip-Prinsip yang memenuhi
Piagam diolah berpandukan matlamat, pra-syarat dan tujuh inisiatif Falsafah dan
Strategi Baru Pembangunan  Luar Bandar. Piagam ini mementingkan usaha penduduk
desa menggilap potensi kecemerlangan mereka serta memperkukuhkan daya inisiatif
untuk menjadikan kawasan desa satu kawasan yang lebih MAJU, MENARIK  dan
MENGUNTUNGKAN.
MENYEDARI
Dunia terus mengalami perubahan yang pesat dan negara Malaysia terus bergerak
maju menjelang 2020.
MEMAHAMI
Bahawa masyarakat desa harus berusaha melengkapkan diri bagi menyertai arus
perdana pembangunan nagara.
MEYAKINI
Bahawa desa boleh menjadi lebih maju, menarik dan menguntungkan.
 
                        Maka, kami penduduk desa berazam:-

                        Menjadi insan yang cemerlang.

                        Membina keluarga yang bahagia.

                        Melahirkan masyarakat yang harmonis dan bersatupadu.

                        Mewujudkan desa yang teratur bersih dan indah.

                        Mengamalkan budaya hidup berterusan nilai nilai murni.

                        Menggerakkan ekonomi desa yang dinamis dan berteknologi.

                        Menanam keazaman mrnjadi desa kami sebuah Desa
 
 

Muka Depan 

Aktiviti GDW 1997/1998

Jawatankuasa Keselamatan Kampong
 

Web Page ini direka oleh GDWLK Web Team '98